Legenda badminton negara Tan Aik Mong meninggal dunia

Bekas jaguh badminton negara Tan Aik Mong meninggal dunia

Mendiang yang berusia 70 tahun dipercayai meninggal akibat kanser hati di Pusat Perubatan Subang Jaya di Petaling Jaya.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, dalam satu kenyataan berkata pihaknya amat dukacita dengan pemergian Aik Mong yang telah melakukan sumbangan besar kepada dunia sukan badminton negara semasa era kegemilangannya pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Aik Mong, adalah juara Kejohanan All England dalam acara lelaki perseorangan pada 1966 selain mewakili negara dari tahun 1966 hingga 1975.

Pencapaian terbesar mendiang Aik Mong ialah merangkul pingat emas dalam acara lelaki perseorangan pada Kejohanan Badminton Asia 1971 di Jakarta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here