Anggota Geng Jiva dituduh 10 pertuduhan merompak

Ipoh, Nov 10.
Seorang jurudawai dipercayai anggota Geng Jiva mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan merompak, memecah rumah, menyebabkan kecederaan ketika merompak dan memiliki senjata berbahaya dalam beberapa kejadian sejak tahun lepas.

K Gunasegaran, 34, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadapnya yang didakwa dilakukan di sekitar Ipoh antara kira-kira 1.10 tengah hari pada 18 Jun 2022 hingga 10.30 pagi 18 Oktober lalu, dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Gunasegaran bersama seorang lagi rakan K. Kaliswaran, 35, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama dengan niat melakukan rompak berkumpulan dengan menggunakan senjata tajam terhadap Fong Bee Goot@Chan Nyuk Lan, 89, dan Seri Wahyuni nombor pasport A37307099 di No 1 Regat Mansion di sini pada kira-kira pukul 10.30 pagi, 18 Oktober lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here