Kuala Lumpur, Dis 04.
Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan menangguhkan pembayaran kos dibawa ibu tunggal, M. Indira Gandhi berjumlah RM14,000, yang dianugerahkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, masing-masing pada 16 Julai 2021, dan 7 Sept 2022.
Mahkamah mendapati permohonan tersebut kurang merit, selain tiada keadaan khusus untuk mewajarkan perintah sedemikian.Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah, berkata Mahkamah Tinggi juga tidak mempunyai bidang kuasa menangguhkan penghakiman dibuat Mahkamah Rayuan.
Dia diwakili Rajesh Nagarajan dan Pavitra Loganathan, manakala ketua polis negara, polis, dan kerajaan persekutuan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A Dadi dan FC Safiyyah Omar. Indira dianugerahkan kos RM2,000.





















