Puasa mula Selasa

Kuala Lumpur, Mac.
Penganut Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ramadan pada Selasa, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad malam tadi.

Tarikh permulaan puasa bagi seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan raja-raja, selepas melihat anak bulan petang tadi.

Syed Danial mengumumkan umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa pada 12 Mac 2024 (Selasa)

Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 12 Mac 2024,” katanya.

Terdahulu, menurut pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here