Usia bersara 65 – Kementerian teliti lanjut

Kuala Lumpur, Mei-
Lanjutan umur persaraan kepada 65 tahun antara isu utama sedang diteliti menerusi jawatankuasa khas, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Katanya, perkara itu meliputi satu daripada 28 undang-undang buruh bawah kementeriannya yang sedang dikaji untuk dimansuh atau dikemas kini.

Menurutnya, jawatankuasa diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Antarabangsa Kementerian Sumber Manusia, Mohd Shaharin Umar akan melihat kesesuaian cadangan had umur persaraan yang mempunyai pro dan kontra jika dilaksanakan.

“Kita akan mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh terutama sektor awam, pekerja, dan majikan bagi memastikan undang-undang buruh itu selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

“Kementerian mahu melihat semula kesemua 28 undang-undang itu termasuk berkaitan usia persaraan. Ini kerana ada daripadanya ketinggalan zaman dan terpaksa dimansuhkan atau dikemaskini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here