Khalid Ismail dilantik sebagai KPN baharu

Kuala Lumpur, Jun-
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Khalid Ismail akan dilantik sebagai ketua polis negara (KPN) yang baharu berkuat kuasa 23 Jun.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelantikan Khalid telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas nasihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Pelantikannya secara kontrak bagi tempoh 23 Jun 2025 hingga 22 Jun 2027,” katanya dalam kenyataan.

Khalid menggantikan Razarudin Husain, yang tempoh perkhidmatannya berakhir Ahad ini.

Razarudin, yang dilantik sebagai KPN pada Jun 2023 untuk tempoh kontrak dua tahun, sebelum ini menyatakan beliau tidak akan menyambung kontrak tersebut demi menghormati hasrat ibunya.

Khalid telah mengetuai Cawangan Khas sejak Mei 2023 dan sebelum itu merupakan timbalan pengarah bahagian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here