Gobind ucap takziah kepada keluarga Abam Bocey

KUALA LUMPUR –
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelawak dan pelakon Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, yang meninggal dunia pagi tadi.

“Saya rakamkan ucapan takziah kepada keluarga Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, yang lebih dikenali sebagai Abam Bocey, yang telah meninggal dunia pada pagi ini.

“Saya berdoa agar keluarga Allahyarham akan tabah dalam menghadapi dugaan ini,” katanya melalui platform Twitternya.

Abam Bocey, 32, meninggalkan isteri dan seorang bayi lelaki berusia lima bulan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Antara filem lakonan Allahyarham adalah ‘Isteri Untuk Dijual’ serta ‘Suatu Malam Kubur Berasap 2’, dan beliau juga pernah berlakon dalam drama serta telefilem tempatan sejak 2014.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here