Amaran Penipuan : Yayasan Tony Fernandes

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes

SEPANG :AirAsia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan penipuan dalam talian melalui laman Facebook yang menyalahgunakan nama Tan Sri Tony Fernandes dan Tony Fernandes Foundation untuk menawarkan projek tidak wujud dan keahlian yayasan tersebut.

AirAsia ingin menekankan bahawa syarikat ini tidak menubuhkan yayasan lain selain daripada Yayasan AirAsia. Justeru, Tony Fernandes Foundation tiada kaitan dengan AirAsia atau Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Sebarang mesej daripada Tan Sri Tony Fernandes atau Mark Kelvin seperti yang tertera atau dihantar melalui Tony Fernandes Foundation adalah palsu.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada laman web dan saluran media sosial rasmi AirAsia untuk berita rasmi syarikat.

AirAsia tidak akan memohon data atau butir-butir peribadi anda tanpa kebenaran secara sah.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan atau jika anda ingin melaporkan penipuan yang disyaki melibatkan AirAsia, sila hubungi kami melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:
Facebook: facebook.com/airasia
Twitter: twitter.com/airasia
Khidmat Sokongan Pelanggan AirAsia: support.airasia.com

AirAsia - Wikipedia

AirAsia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menggunakan jenama AirAsia untuk melakukan penipuan atau kecurian identiti.

AirAsia juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berikutan skim palsu ini yang tidak melibatkan kakitangan rasmi syarikat penerbangan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here