T.Menteri Edmund Santhara perlu dipuji

KUALA LUMPUR –

Persidangan Dewan Rakyat merupakan persidangan pertama selepas ‘bertukar kerajaan’ daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, persidangan kali ini ‘ringkas’ disebabkan penularan wabak Covid-19 dengan hanya memberi laluan kepada Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong.

Mengimbas kembali persidangan sebelum ini, masih terdapat pembabitan aktif Ahli Parlimen India yang dilihat perlu ditambah baik bagi memastikan sebarang isu memperjuangkan nasib kaum itu didengari dengan lebih efisien.

Bagaimanapun bilangan Ahli Parlimen kaum India di Parlimen masih kurang menonjol namun peranan yang dimainkan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Edmund Santhara wajar diberi pujian.

Bukan sekadar aktif mengambil bahagian pada setiap sidang Dewan, soalan dilontarkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu juga jelas rasional dan seiring dengan isu yang dibangkitkan.

Beliau bijak mengawal emosi, dan tidak terbawa-bawa dengan kerenah segelintir Ahli Parlimen yang menjadikan sidang Dewan sebagai medan perbalahan atau melakukan provokasi secara berterusan tanpa membawa apa-apa ‘faedah’ kepada rakyat termasuk masyarakat India.

Malah beliau juga antara yang terawal mengeluarkan kad laporan prestasi Parlimen Segamat antara Ogos 2018 sehinggalah Julai 2019 termasuk perbelanjaan perjalanan di audit serta didedahkan untuk tatapan umum.

Pada awal tahun ini media melaporkan pada sidang Dewan terdahulu, beliau mencatat rekod sebagai Ahli Parlimen kaum India paling banyak mengajukan, iaitu 7 soalan dengan kekerapan 229 kali berucap di dalam berbanding lapan rakan Indianya yang lain.

Ia diikuti Ahli Parlimen Batu Kawan dan Batu Gajah dengan masing-masing sebanyak empat kali.

Semoga kali ini pembabitan wakil rakyat termasuk dalam kalangan masyarakat India ini bukan sahaja lebih lantang tetapi mempunyai signifikan tanpa banyak membuang masa, bergaduh sesama sendiri untuk kepentingan politik sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here