7 maut, lebih 20 cedera dalam serangan militan di hotel Mogadishu

Kumpulan militan menyerang sebuah hotel mewah di tepi laut dengan meletupkan bom dalam sebuah kereta kemudian melepaskan tembakan dengan serangan terbaharu di ibu negara Somalia.

Kejadian itu mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan lebih 20 orang cedera.

Kumpulan pemberontak al Shabaab mengaku menjadi dalang di sebalik serangan di Elite Hotel di Pantai Lido, menyebabkan tembak menembak berlaku antara tentera.

Agensi berita Sonna berkata, operasi tersebut telah selesai dan 205 orang telah diselamatkan termasuk beberapa menteri, pegawai kerajaan dan orang awam, yang memetik kenyaraan komandan tentera, Farhan Qarole.

“Semua empat militan yang bersenjata AK-47 ditembak mati. Mereka menaiki kereta yang diletakkan bom, mereka turun … dan keempat-empat militan itu pergi ke hotel untuk melakukan serangan,” lapor Sonna.

Hotel ini dimiliki oleh Abdullahi Mohamed Nor, seorang Ahli Parlimen dan bekas Menteri Kewangan, dan sering dikunjungi oleh banyak pegawai pemerintah dan anggota diaspora Somalia.

“Ada pegawai kerajaan (Presiden Mohamed Abdullahi Farmaajo) di dalam hotel ketika kami menyerang,” kata satu kenyataan yang disiarkan di Radio Andalus al Shabaab.

Serangan itu berlaku selepas pemberontakan berlaku di penjara Mogadishu pada hari Isnin.

Sonna berkata, sekurang-kurangnya 15 orang banduan dan empat pengawal keselematan terbunuh selepas pertempuran berlaku bersama tentera.

Ahmed Ali, seorang saksi memaklumkan dia terdengar “letupan besar di hotel, diikuti tembakan dan kemudian asap kelihatan di ruang udara.

“Setakat ini kami mengesahkan kematian tujuh orang, termasuk dua penyerang manakala 15 lagi cedera,” katan jurucakap Kementerian Maklumat.

Ketua perkhidmatan ambulans , Abdikadir Abdirahman memberitahu kepada Reuters ambulans telah mengangkut 28 orang yang cedera dari tempat kejadian sebelum tembak menembak berlaku semula.

Seorang pekerja kerajaan, Mohamed Nur yang tinggal berhampiran pantai itu berkata, tembak menembak yang berlaku sungguh menakutkan.

“Peluru sesat tersasar dekat pantai,” katanya.

Somalia telah terlibat dalam keganasan sejak tahun 1991, ketika puak panglima perang menggulingkan pemimpin Siad Barre.

Sejak tahun 2008, al Shabaab telah berjuang untuk menggulingkan pemerintah pusat yang diakui secara antarabangsa dan menetapkan peraturannya berdasarkan tafsirannya sendiri mengenai undang-undang Syariah Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here