Pusat Khidmat PBB Satok hulur bantuan segera untuk 13 rumah rosak akibat angin kuat

Kejadian itu menyebabkan pokok tumbang menghempap bahagian dapur salah sebuah rumah, selain kebanyakan bumbung rumah diterbangkan angin.

Turut rosak ialah Rumah Wakaf Surau Darul Uyuun.

Kejadian itu juga mengakibatkan banyak barangan rumah dan perabot rosak.

Kejadian itu mendapat respon segera daripada Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.8 Satok yang menghulurkan bantuan segera kepada mangsa rumah rosak.

Lawatan itu diketuai Timbalan Ketua Cawangan Parti PBB N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merangkap Ketua Cawangan N.8 Satok.

Hadir sama, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdul Samad Gany, Pegawai Khas P.194 Petra Jaya, Morshidi Said dan Naz Ismadie Khalik, Ketua Pemuda PBB Satok, Kaunselor Dzamaluddin Zainudin, Temenggung Helmi dan Penghulu Hendry.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here