Operasi tamu, pasar malam, pasar tani, gerai dan pasar borong milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditutup buat sementara waktu di lapan daerah terjejas akibat peningkatan kes Covid-19 di Sabah.
Penutupan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Pusat Arahan Covid-19 pada 20 September, kata Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masnah Mat Salleh.
Beliau berkata, lapan daerah itu adalah kawasan tamu dan pasar di Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kudat, Pitas, Beaufort, Sipitang dan Tongod.
Manakala bagi pasar harian milik PBT, tempoh operasi dipendekkan bermula 6 pagi hingga 2 petang.
Turut ditutup adalah taman-taman awam milik PBT.




















