Korban COVID-19 di AS kini melepasi 250,000

Jumlah kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi sesuku juta kelmarin manakala New York mengumumkan ia akan menutup sekolah untuk memerangi peningkatan jangkitan, dan protes anti-sekatan di Eropah bertukar ganas.

Amerika kini sudah mencatatkan 250,426 kematian, menurut satu kiraan ber-terusan oleh Universiti Johns Hopkins, setakat ini jumlah kematian kebangsaan ter-tinggi yang dilaporkan.

Negeri dan bandar raya di AS melaksanakan beberapa sekatan baharu, termasuk pengasingan di rumah, penutupan restoran makan dan had ke atas perhimpunan selepas kes melambung di seluruh negara, dengan lebih 157,950 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam kelmarin.

Datuk Bandar New York Bill de Blasio berkata 1,800 sekolah awam di bandar raya itu akan kembali kepada pembelajaran jarak jauh bermula semalam selepas kota Big Apple itu merekodkan kadar positif purata sebanyak tiga peratus dalam tempoh tujuh hari.

“Kita mesti melawan balik gelombang kedua COVID-19,” katanya.

Langkah yang diperke-tatkan lagi di bandar raya dengan jumlah penduduk paling ramai di AS itu diambil walaupun syarikat farmasi gergasi Pfizer menaikkan harapan bagi kemungkinan berakhirnya pandemik de-ngan mengumumkan hasil yang lebih baik untuk vaksinnya.

Sementara itu Eropah kekal rantau paling teruk terjejas, dengan 46 peratus kes global baharu dan 49 peratus kematian pada minggu lepas, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Selain itu perangkaannya menunjukkan satu-satunya rantau di mana kes dan kematian semakin berkurangan pada minggu lepas adalah Asia Tenggara.

Di seluruh dunia, lebih 1.3 juta orang sudah mati akibat COVID-19 dan lebih 55 juta dilaporkan dijangkiti virus itu sejak ia mula-mula muncul di China pada hujung tahun lepas, menurut satu kiraan oleh sumber rasmi yang dihimpun oleh AFP.

Di Switzerland, salah sebuah negara paling teruk terjejas di Eropah, Persatuan Swiss bagi Perubatan Rawatan Rapi (SSMI) memberi amaran bahawa unit rawatan rapi semuanya sudah terlalu penuh.

Lebih banyak katil sudah ditambah, dan tentera Swiss telah dikerah untuk menyokong usaha di beberapa kawasan.

Banyak negara di Eropah melanjutkan sekatan ketat ke atas kehidupan harian dalam usaha untuk membendung penularan virus itu.

Seorang jurucakap kerajaan Perancis berkata pihak berkuasa tidak mungkin akan menarik balik sekatan separa dalam masa terdekat manakala kerajaan Portugal bersiap sedia untuk melanjutkan langkah selama dua minggu lagi.

Di Hungary, keadaan da-rurat yang membolehkan langkah sekatan separa kini sudah dilanjutkan sehingga Februari.

Di Berlin, polis melepaskan meriam air untuk meleraikan ribuan penunjuk perasaan yang tidak memakai pelitup muka kerana membantah sekatan yang lebih ketat.

Penunjuk perasaan, yang menyamakan sekatan dengan peraturan era Nazi, membalas dengan melaung “Malu! Malu!”

Tunjuk perasaan itu diadakan sehari selepas per-telingkahan dengan polis dalam satu demonstrasi yang serupa di ibu kota Slovakia, Bratislava, yang dihadiri ribuan penyokong haluan kanan.

Walaupun virus itu memberi impak yang amat dahsyat, usaha untuk mena-ngani pandemik itu dijangka diketepikan di sidang kemuncak Kesatuan Eropah semalam disebabkan oleh perbalahan yang berpunca daripada tentangan Hu-ngary dan Poland kepada pengawasan Brussels berhubung kedaulatan undang-undang.

Di Rusia, Presiden Vladimir Putin menyuarakan kebimbangan mengenai kadar kematian yang semakin me-ningkat di negaranya tetapi tidak pula memperkenalkan langkah ketat yang dilihat di banyak negara Eropah.

Sementara itu, Presiden Iran Hassan Rouhani berkata beliau akan melaksanakan sekatan amat ketat di ba-nyak kawasan di negaranya bermula Sabtu.

Di Amerika Tengah, usaha membasmi COVID-19 diancam oleh musim taufan, menurut Pertubuhan Kesihatan Seluruh Amerika, yang menyatakan ia menjangkakan peningkatan jangkitan ekoran Taufan Iota dan Taufan Eta yang mencetuskan huru-hara di rantau itu sejak beberapa minggu lepas.

Lebih banyak berita yang menggalakkan diterima dari Belgium, yang mencatatkan salah satu kadar kematian tertinggi di Eropah sejak pandemik bermula, di mana pihak berkuasa berkata sekatan separa pergerakan selama sebulan mula menunjukkan kejayaan.

“Buat pertama kali dalam masa berminggu-minggu, atau malah selama beberapa bulan, semua petanda me-nuju ke hala yang betul, yang bermakna semuanya turun: jumlah jangkitan, kemasukan ke hospital dan juga buat pertama kali jumlah kemati-an,” kata jurucakap Pusat Krisis COVID-19 Yves Van Laethem.

Walaupun kurang terjejas, bahagian lain di dunia terus merasai impak virus itu.

Australia Selatan mengumumkan sekatan “pemutus litar” untuk hampir dua juta penduduknya kelmarin bagi membendung wabak yang menamatkan tempoh tiada jangkitan selama berbulan-bulan.

Sekolah, kedai, pub, kilang dan malah restoran makanan bawa pulang diarah ditutup manakala perintah duduk di rumah dikeluarkan bagi penduduk.

Jepun diletakkan dalam “keadaan berjaga-jaga maksimum” selepas mencatatkan jumlah jangkitan koronavirus harian tertinggi, yang mendorong pihak berkuasa untuk menimbang sekatan seperti membataskan kumpulan yang dibenarkan di dalam restoran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here