Jabatan Meteorologi Nafi Malaysia Bakal Dilanda Musim Sejuk Seperti Kota London

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan menafikan penularan maklumat cuaca berkaitan musim sejuk seperti Kota London bakal melanda negara pada Februari ini.

Berita tersebut yang tersebar di pelbagai platfrom media sosial seperti WhatsApp adalah berita palsu pada 2016 yang diulang siar.

Jelas MET Malaysia, keadaan cuaca sejuk yang dialami di kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya Pantai Timur dan Patai Barat pada ketika ini, adalah disebabkan cuaca lembap dan mendung yang berterusan dalam tempoh beberapa hari akibat luruan angin sejuk yang melanda negara.

”Keadaan rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahari secara terus untuk tempoh beberapa hari yang lepas turut menyumbang kepada berlakunya keadaan cuaca yang leih sejuk daripada biasa.

”Pada 3 Januari 2021, suhu harian minimum terendah yang direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor ialah 21-22 darjah celsius dan keadaan ini adalah biasa apabila hujan dan mendung berlaku spenjang hari,” katanya.

Met Malaysia turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan amaran cuaca melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here