Cebisan kepala mangsa Sriwijaya Air ditemui di pesisir pantai

Cebisan anggota kepala bersama rambut dijumpai oleh sekumpulan kanak-kanak ketika bermain bola sepak pada Selasa di pesisir pantai Kis, dipercayai milik mangsa yang terkorban dari pesawat Sriwijaya Air SJ 182.

Ketua Polis Pakuhaji AKP Dodi Abdul Rohim mengatakan, pihaknya percaya bahawa bahagian kepala itu adalah sebahagian daripada mangsa pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang terhempas di sekitar Pulau Lancang, Kepulauan Seribu, lapor Kompas.

“Ini kerana sudah seminggu kejadian itu berlaku. Kami yakin bahawa bahagian badan akan dibawa ke pesisir pantai, kami akan terus melakukan pencarian di kawasan itu pada esok.

“Jarak antara Pulau Lancang dan Pantai Kis kurang dari 5 batu (8 km). Maka, kemungkinan cebisan badan mangsa yang terkorban boleh hanyut di sini,” katanya.

Sebelumnya ini, penduduk di kawasan Pantai Kis, kampung Sukawali, daerah Tangerang, Banten, terkejut dengan penemuan bahagian tubuh manusia.

Kepala itu dijumpai oleh sekumpulan kanak-kanak ketika bermain bola sepak pada hari Selasa petang yang kemudian, membuat laporan polis berhubung penemuan tersebut.

Sejak Rabu, seramai 40 penumpang yang terkorban telah dikenal pasti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here