Lapan cedera ditikam di Sweden

Seorang lelaki menikam lapan orang kelmarin di bandar Vetlanda, menyebabkan lima daripada mereka cedera parah dalam apa yang polis gelar satu potensi insiden keganasan.

Penyerang dibawa ke hospital selepas ditembak di kaki oleh polis ketika dia ditahan berikutan serangan pada tengah hari waktu tempatan di bandar raya dengan 13,000 penduduk itu.

Bercakap kepada AFP, polis berkata, lelaki dalam usia 20-an itu menggunakan “senjata tajam,” sementara media tempatan melaporkan dia mengeluarkan sebilah pisau.

Polis pada awalnya meng-anggap insiden itu sebagai “cubaan membunuh” tetapi kemudian mengubahnya dalam satu kenyataan yang termasuk “disyaki jenayah keganasan”, tanpa mengulas lanjut.

Tiga daripada mereka yang diserang dikatakan meng-alami kecederaan  yang me-ngancam nyawa, sementara dua dalam keadaan serius, menurut maklumat dari hospital di Jonkoping di mana mereka dirawat.

Tiga yang lain mengalami kecederaan ringan.

Penduduk tempatan, Oli-via Strandberg, memberitahu penyiaran SVT bahawa dia tidak melihat serangan itu berlaku tetapi ada melihat lelaki ditahan polis, dari tingkap kediamannya selepas pulang dari kerja.

“Saya baru masuk ke apartmen saya apabila rakan baik saya menghantar teks pesanan kepada saya dan berkata: Jangan keluar!,” kata Strandberg, dengan penyiaran menunjukkan rakaman suspek dibawa ke ambulans.

Bercakap pada sidang media, ketua polis wilayah, Malena Grann, kemudian menjelaskan bahawa siasatan awal masih meletakkan status “cubaan membunuh”, tetapi perincian baharu yang muncul bermakna mereka melihat kepada “potensi motif keganasan”.

“Ada perincian dalam sia-satan yang menyebabkan kami menyiasat sama ada motif keganasan berlaku di sini,” kata Grann tanpa mengulas lanjut.

Grann menambah, polis sedang bekerjasama rapat dengan perkhidmatan pe-risikan Sweden, Sapo.

Karl Melin, ketua media di Sapo, menolak untuk me-ngulas namun memberitahu SVT: “Apa yang berlaku di Vetlanda ketika ini adalah hal polis.”

Ketua polis tempatan, Jonas Lindell, memberitahu media bahawa mereka telah mengenal pasti lima kawasan jenayah berbeza, beberapa ratus meter jarak di antaranya di bandar kecil itu.

Lindell berkata, suspek adalah seorang penduduk di kawasan itu dan juga dikenali oleh polis tetapi sebelum ini dia hanya suspek “jenayah kecil”.

Beliau menolak untuk menyatakan jika suspek itu warganegara Sweden atau tidak.

Keadaan kecederaan suspek juga masih tidak diketahui tetapi polis berkata, mereka percaya mereka dapat menyoal siasat suspek.

Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven, mengutuk “keganasan menakutkan” itu dalam satu kenyataan dike-luarkan di Facebook.

“Kita berdepan tindakan keji dengan kuasa masya-rakat,” kata Lofven.

“Kita harus ingat tentang kerapuhan keselamatan kita,” tambah beliau sambil menggalakkan rakyat mengingati mangsa, dan juga pekerja kesihatan dan polis yang merawat mereka yang cedera dan menjaga keamanan.

Perkhidmatan perisikan Sweden menganggap ancaman pengganas berada pada tahap tinggi.

Negara Scandinavia itu menjadi sasaran serangan pengganas sebanyak dua kali dalam beberapa tahun.

Pada Disember 2010, seorang lelaki melakukan serangan bom nekad di tengah Stockholm. Dia mati selepas mencederakan bebe-rapa orang yang lalu lalang.

Pada April 2017, seorang pencari suaka dari Uzbekistan, merempuh pejalan kaki di Stockholm menggunakan trak yang dicuri, membunuh lima orang. Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here