11 orang ditahan kerana gaduh

Johor Bahru, Feb 14.
Sebelas lelaki dan wanita ditahan bergaduh dalam sebuah premis di Taman Sutera, Skudai, Johor Bahru pada Ahad lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Belveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian pada 12.05 tengah malam itu membabitkan 11 suspek berusia 22 sehingga 33 tahun yang berpunca daripada perselisihan faham. Katanya, anggota di IPD Johor Bahru Utara maklum kejadian itu menerusi video tiga minit dua saat yang tular dalam media sosial.

Beliau berkata, susulan laporan kejadian itu, 11 lelaki dan wanita ditahan pada hari sama dan direman hingga semalam, manakala tahanan reman kedua dibenarkan sehari hingga hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here