Keluarga Ini Buat ‘Mini Garden’ Bajet Di Rumah ‘Corner Lot’

Halaman rumah yang luas dan kosong seperti kawasan ‘cornet lot’ jika dihias dengan cantik boleh dijadikan ruangan santai seisi keluarga. Hiasan yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang menyegarkan mata, pastinya akan memberikan ketenangan jiawa kepada pemilik rumah.

Seperti perkongsian oleh Noor Suraya Abd Aziz di Facebook mengenai dekorasi mini garden di rumah yang dilakukan bersama suami. Ianya ternyata menarik minat ramai kerana menggunakan kos yang rendah tetapi hasilnya sangat memukau!

Disebabkan ramai yang tanya pasal mini garden kita ni, jom tengok setiap gambar macam mana progress dia.. ni versi jimat tau sebab semua buat sendiri.

Barang-barang pula semua dari shoppe.. kita sediakan link skali untuk korang cuci-cuci mata.. harga memang ni la yang paling murah.. jom tengok.

Corner lot kami.. sebenarnya semua tanah ni penuh dengan rumput. Dua kali je sempat mesin pastu suami kita cangkul hari-hari sampai la jadi gitu..

Biasa kitaorang parking macam ni sebab jiran sebelah tak pindah lagi.. nak parking dalam macam semak pastu tak ada ruang anak-anak nak main basikal.. pastu kitaorang decide buat parking lagi satu..

Tada.. kita kasi lubang tengah tu.. sayang memang sayang.. konon plan nak bentang karpet sampai belakang.. tapi tu la tu.. duit mana duit.. haha..

Masa orang tu tengah buat tempat parking, minta tolang dia belikan pasir sekali. Selori RM90 tak silap.. tapi sebelum letak pasir, kena bentang weedmat dulu tau. Jangan bagi rumput tumbuh pastu barulah tabur pasir dan ratakan.. nak lagi cantik kena ada mesin dia.

Ni bahagian belakang tempat bercucuk tanam. Jangan tanya kita sebab kita tak pernah ambil tau pon, apa-apa pm dia.

Dah rata pasirnya. Oya tu hari-hari dia siram pokok.. nasib baik ada yang sudi tolong abahnya.

Yang putih tu guni gula. Korang minta je kat kedai runcit.. bentang tu sebab tak nak batu kotor. Batu-batu tu pula kitaorang survey kat nursery semua RM25 ke atas.. mahal bangat satu beg je kot.. rupanya kat HOMEPRO, RM19 je.. apa lagi.. 5 beg kitaorang beli.. tapi tetap tak cukup.. nanti-nantilah pergi la.

Kayu-kayu ni kitaorang beli kt ECO.. RM2.10 je.. nak dapat stok, punyala payah..

Part ni suami dah start deko pokok apa dia nak tanam.

Tu dia masa bentang karpet ni ketiak memang lencun.. kena buat dua orang sebab nak kena gam bawah tu pastu kena tarik tegang-tegang dan paku. fuh nikmat.. tengoklah acap tu belum apa-apa dah kepoh.

Diorang pun terus bawa bantal keluar, memang selesa sangat karpet ni. Best.

Ni waktu malam memang best lepak kat luar sebab angin kat merlimau ni memang kuat.. Kita nak join baring sekali, kang jiran cakap mak dia buang tabiat pula haha.. doakan kita ada rezeki untuk naik tembok tau.. amin..(20 tahun lagi agaknya).

Kayu ECO tak cukup, batu putih tak cukup, tempat tutup parit pun tak cukup..

Time ni guna kerusi tu je lepak-lepak.

Pastu suami order meja ni.. smartkan..RM160 je bolehlah ajak jiran-jiran membawang, ni tengah tunggu payung dari shoppe sampai.

Ni la tempat paking lagi satu tu.. selagi boleh jimat, kita jimat.

Batu-batu halus ni berani beli kat shoppe sebab takda la berat sangat macam yang tadi.

Pokok apa ntah tu.. hihi suami cakap nanti dah besar cantik.. orang lalu lalang tak nampak kita sangat.. ooo yela..

Tada.. siap sudah.. tapi banyak lagi yang kurang.. pkp punya hal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here