CEO AirAsia Indonesia dianugerahkan ‘AeroTime Aviation Achievement Awards’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Indonesia Veranita Yosephine dianugerahkan dengan salah satu daripada ‘AeroTime Aviation Achievement Awards’ global pertama atas kerja cemerlangnya.

Anugerah itu disampaikan kepada Vera bukan sahaja atas kerja cemerlangnya sebagai CEO AirAsia Indonesia tetapi juga memperjuangkan kesaksamaan dan kepelbagai-an tempat kerja global.

Satu-satunya CEO penerbangan wanita yang berkhidmat di Indonesia ketika ini, Vera telah mengetuai pengembangan luar biasa syarikat kepada pertumbuhan dua digit pada hujung tahun 2019 dan mengharungi pandemik ini untuk me-nimbulkan pemulihan yang kukuh pada akhir 2020 de-ngan perkhidmatan domestik berjalan pada kapasiti pra-COVID AirAsia Indonesia yang luar biasa pada bulan Disember.

“Saya berbesar hati menerima anugerah ini yang di luar jangkaan. Topik mengenai kesaksamaan jantina, kepelbagaian dan bagaimana untuk menyatukan orang ramai dalam penerbangan sangat dekat di hati saya.

“Ini adalah pengiktirafan bukan sahaja kepada saya tetapi juga untuk semua wanita terutama rakan-rakan saya dalam AirAsia dan industri penerbangan.

“Kami berharap untuk kolaboratif masa depan untuk mempromosi lebih jauh ke-saksamaan, kepelbagaian dan inklusif dalam penerbangan supaya kita dapat membawa bakat terbaik ke dalam industri,” kata Vera.

Sementara itu CEO Kum-pulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata ini adalah pencapaian yang cemerlang oleh Vera dan beliau sangat berbangga dengannya.

“Apa yang Vera buat untuk penerbangan kami di Indonesia dan untuk kesaksamaan di seluruh dunia dalam penerbangan adalah benar-benar dipuji.

“AirAsia sentiasa menjadi juara bagi kesaksamaan dan kepelbagaian. Kami sa-ngat percaya dalam menggalakkan kepelbagaian di tempat kerja dan ini te-lah menyumbang ke arah pembentukan persekitaran yang menggalakkan jawatan pemimpin bagi ramai wanita dalam kumpulan.

“Juga kami adalah penerbangan pertama di seluruh Asia membuka pintu kepada juruterbang wanita pada 2009,” katanya.

CEO AeroTime Hub Richard Stephenson OBE dalam pada itu berkata anugerah itu adalah untuk mengiktiraf sumbangan Vera kepada industri dan mempromosikan kesaksamaan.

“Meskipun menjadi pendatang baharu dalam industri penerbangan, Vera telah membuat  kelainan yang besar dan kami terinpirasi dengan tenaga dan kesungguhannya.

“Anugerah ini diberikan kepada mereka yang membuat kelainan dalam industri dan 10 penerima pertama semuanya wanita dengan Vera adalah salah seorang daripada individu pertama yang menerima anugerah ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here