Lelaki disyaki pecah rumah dibelasah penduduk kampung

Seorang lelaki dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa individu bagaikan tiada hari esok, di tepi jalan kerana dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah di kawasan tersebut yang mengundang kemarahan penduduknya.

Video kejadian yang dirakam oleh orang awam berdurasi 6 minit 34 saat itu juga viral di media sosial. Menurut sumber, kejadian itu dikatakan berlaku di Tumpat, Kelantan.

Video menunjukkan dua lelaki memukul suspek terbabit menggunakan kayu berkali-kali tanpa belas kasihan dan mendesaknya menyerahkan sebilah pisau yang dibawanya. Suspek kemudian akur dan mengambil pisau yang telah dibuangnya sebelum itu dan diserahkan kepada penduduk.

Bagaimanapun di media sosial, netizen tidak bersetuju dengan cara sekumpulan penduduk itu menangani masalah itu menggunakan kekerasan kerana bimbang suspek mengalami kecederaan yang boleh menyebabkan maut.

“Alahai orang kampung ni pun over. Masing-masing nak tunjuk hero. Jangan pukul dia dulu, kita tahu dia bersalah pecah masuk rumah dan mencuri. Tangkap dan ikat sahaja, kemudian serahkan ke balai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here