Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai DPM, Hishammuddin kini menjadi menteri keselamatan kanan

KUALA LUMPUR, 22 Jan -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemu bual Bernama hari ini. Usaha Top Glove Corporation Bhd menawarkan 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dihargai, namun keselamatan dan kebajikan mereka perlu dititikberatkan. Syarikat itu perlu memastikan semua bakal pekerjanya menjalani ujian saringan COVID-19, bagi mengelakkan jangkitan baharu dalam kalangan mereka, selain menyediakan kemudahan penginapan bagi mereka yang menghadapi masalah itu. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa serta-merta, pada masa sama kekal memegang portfolio pertahanan.

Ketika mengumumkan pelantikan itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan, yang akan mengetuai kluster keselamatan yang sebelum ini disandang Ismail.

Di samping mengekalkan portfolio luar negeri, Hishamuddin akan membantu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melaksanakan Pelan Pemulihan Negara.

Kenyataan PMO berkata pelantikan ini diharap akan “memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan”.

Pelantikan mereka juga diharap akan meningkatkan keupayaan kerajaan, khususnya dalam menghadpi wabak Covid-19, dan memperkukuhkan kerajaan dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah, dan beintegriti.

Pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini,” kata kenyataan itu.

Pengumuman ini muncul dikala Umno diuar-uarkan sedang membincangkan cadangan menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan.

Umno dari sejak tahun lepas lagi menuntut jawatan timbalan perdana menteri, memandangkan hanya seorang pemimpin menjadi menteri kanan walaupun ia mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak dalam blok kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here