Varian baru boleh menjangkiti dalam masa 15 saat

PUTRAJAYA – Varian baharu Covid-19 boleh boleh menjangkiti individu lain dalam masa 15 saat jika terdedah dengan pesakit wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keadaan itu sekaligus meningkatkan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti.

“Kita masih memerlukan kaedah kesihatan awam untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti varian baharu ini,” katanya pada sidang akhbar khas perkembangan Covid-19 di kementeriannya pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here