Cederakan OCPD Dang Wangi perbuatan keji- Anwar

Kuala Lumpur, Sep-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa segera menyiasat dan memberkas dalang serta penyerang yang bertanggungjawab mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman, hari ini.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai keji dan mesti dikecam, Perdana Menteri menegaskan kerajaan sentiasa menghormati hak untuk berhimpun secara aman serta menyatakan pendirian, dan ia dibuktikan dengan konsisten melalui pelbagai himpunan yang diadakan sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya prinsip kebebasan juga menuntut semua pihak untuk bertanggungjawab dan patuh tunduk kepada hukum, adab serta undang-undang.

“Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam, yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.

“Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalah guna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam kalangan rakyat.

“Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat,” katanya melalui Facebook hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here