KEGAGALAN KERAJAAN DAN BENDERA PUTIH

Kuala Lumpur, 26 Julai-

Kes bunuh diri di Malaysia semakin hari semakin melonjak. Mulai 2019 hingga Mei 2021, Malaysia mencatat purata dua kes setiap hari. kes bunuh diri direkodkan  sebanyak 468 dalam masa lima bulan tahun ini. 

Data yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah dikongsi bersama Makkal Osai oleh Sivamalar Ganapathi, seorang peguam hak asasi manusia serta Ketua Bahagian Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Wanita Parti Keadilan dalam sidang media.

Daripada 100,000 panggilan telefon kira-kira 91.2 peratus  adalah mereka yang meminta pertolongan, memerlukan bimbingan kaunseling dan menghadapi masalah  tekanan emosi dan mental.

Data juga menunjukkan bahawa kejadian keganasan rumah tangga telah meningkat sebanyak 23 peratus berbanding tahun lalu.

Ini menunjukkan bahawa perintah kawalan pergerakaan diperketatan turut tidak berjaya.

Bloomberg mengatakan dalam artikel baru-baru ini bahawa Malaysia berada di jalan kegagalan. Keadaan rakyat Malaysia, terutama orang miskin, semakin merosot sehingga mereka mengibarkan bendera putih untuk mendapatkan bantuan makanan semasa wabak     Covid-19.

Budaya meminta bantuan menjadi gelombang getaran terbesar di Malaysia. Sivamalar menyatakan bahawa ini adalah reaksi terhadap kegagalan kerajaan mengawal penyebaran jangkitan Covid-19 dengan betul.

Kami juga sedar akan ugutan orang miskin yang mengibarkan bendera putih untuk mendapatkan bantuan makanan oleh ahli pegawai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Di samping itu, terdapat pelbagai program-program  bantuan yang diberikankan untuk membantu orang-orang kurang kemampuan. Orang awam turut dapat menghulurkan sebanyak mungkin bantuan. Keadaan menolong rakyat oleh rakyat kini semakin meluas di negara ini.

Orang yang kurang berada juga berperanan dalam memberikan bantuan yang mampu. Mereka bangga dapat menolong orang lain dengan menghulurkan bantuan.

Kini rakyat Malaysia hidup sebagai  satu keluarga terbesar. Sivamalar mengatakan bahawa perasaan ini berlaku dengan saling membantu ketika menghadapi krisis di negara.

Bilangan orang yang terkena penyakit ini juga meningkat dari hari ke sejurus dengan kes kematian. Beribu-ribu orang kehilangan pekerjaan dan hilang pendapatan dan dalam kekiruan meramal masa depan. Dalam pada ini, kesemua 222 pusat Ahli parlimen berubah menjadi pusat pengedaran bantuan makanan.  

“Amat mustahak untuk mendapatkan bantuan bagi orang keperluan dan ia juga merupakan tunjang utama seorang pemimpin untuk memastikan kebajikan  rakyat di kawasan berkenaan” kata Sivamalar, Ketua Bahagian Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Pasukan Wanita Keadilan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here