Ketua Pemuda PH meninggal dunia selepas rawatan Covid-19

PETALING JAYA: Amanah hari ini mengumumkan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia. Shazni dirawat untuk Covid-19 dan beliau disenaraikan sebagai pesakit Kategori 5 kurang seminggu lalu.

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah telah kembali kerahmatullah sebentar tadi. Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini, kata Setiausaha Pemuda Amanah, Asim Abdullah Ainullotfi di Facebook parti itu. Pada 19 Julai lalu, Shazni mengumumkan dirinya positif Covid-19, selepas mengalami demam panas dan sakit di seluruh badan.

Beliau kemudiannya dilaporkan dalam keadaan kritikal pada 24 Julai. Allahyarham yang dilantik sebagai Ketua Pemuda PH pada 5 Mac lalu, meninggalkan seorang balu dan tiga anak. Isteri dan anaknya turut disahkan positif Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here