Jangkitan Covid-19 masih tidak menunjukkan penurunan apabila sebanyak 21,468 kes baru direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.
Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan angka tertinggi iaitu 7,449 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,183 kes, manakala lima negeri lain terus mencatatkan empat angka dengan masing-masing mengesan lebih 1,000 kes.
Perlis yang telah memasuki fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) menyaksikan lonjakan sekali ganda dengan sebanyak 50 kes baru dilaporkan berbanding 23 kes semalam.
Bilangan kes mengikut negeri:
Selangor – 7,449
Kuala Lumpur- 2,183
Kedah – 1,807
Johor – 1,485
Sabah – 1,654
Pulau Pinang – 1,316
Kelantan – 1,088
Negeri Sembilan – 974
Perak – 940
Melaka – 723
Sarawak – 715
Pahang – 572
Terengganu – 440
Labuan – 6
Putrajaya – 66
Perlis – 50