4 kes kematian melibatkan individu ​melengkapkan vaksin, kata Hisham

Hanya empat kes daripada keseluruhan 12,993 kematian akibat Covid-19 setakat ini membabitkan individu lengkap suntikan dos vaksin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam catatan di Twitter, beliau berkata, 80 kes kematian pula melibatkan mereka yang mendapat satu dos suntikan. Berdasarkan analisis data klinikal terbaru berhubung kadar kematian menunjukkan daripada keseluruhan 12,993 kematian yang direkodkan, 80 daripadanya menerima satu dos suntikan vaksin (0.6%) manakala empat kes lengkap divaksin (0.03%) katanya.

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 28,837,742 dos sudah diberikan setakat ini. Jumlah itu merangkumi 17,437,286 dos suntikan pertama dan 11,400,456 dos kedua. Sementara itu, berdasarkan jumlah vaksinasi harian, negara merekodkan 525,111 dos semalam membabitkan 184,972 bagi dos pertama dan 340,139 dos kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here