Remaja Lelaki India Pecah Rekod Memiliki Rambut Terpanjang Di Dunia

New Delhi,September 18
Seorang remaja lelaki di Delhi, India dinobatkan dalam Rekod Dunia Guinness kerana memiliki rambut terpanjang di dunia di kalangan lelaki.

Memetik laporan NDTV, remaja lelaki yang dikenali sebagai Sidakdeep Singh Chahal, umur 15 dikatakan tidak pernah memotong rambutnya sejak kecil hingga mencecah 4 kaki.

Dikatakan, remaja itu mencuci rambutnya dua kali seminggu dan menumpukan sekurang-kurangnya satu jam untuk proses mencuci, mengering dan mengikat rambutnya dengan pertolongan ibu. Dia berkata, cucian rambut akan mengambil masa seharian jika tidak dibantu ibu dia.

Menurut Rekod Dunia Guinness, lelaki berusia 15 tahun itu kebiasaanya akan mengikat rambutnya seperti sanggul dan menutupnya menggunakan dastar.

Dalam pada itu, Chahal memberitahu bahawa dia tidak bercadang untuk memotong kerana menganggap ia sebahagian daripada identitinya selama ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here