Sedia bas sekolah percuma di seluruh negara, kerajaan disaran

Kuala Lumpur, Okt 30.
Kerajaan boleh meniru model bas sekolah percuma yang diperkenalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenali sebagai MySchoolBus, sebagai satu inisiatif di seluruh negara, kata pakar.

Pakar pengangkutan Rosli Khan berkata inisiatif itu mampu memastikan pelajar dari keluarga B40 dan M40 sentiasa hadir ke sekolah.

“Menerusi inisiatif MySchoolBus di Kuala Lumpur, seramai 15,128 pelajar sekolah mendapat manfaat… Jadi ia perlu diperluaskan,” kata Rosli .

Beliau memberi cadangan itu susulan laporan penurunan kedatangan pelajar di beberapa sekolah di Perak selepas syarikat bas Hup Yik menamatkan perkhidmatan susulan kos selenggara yang tinggi dan jumlah penumpang yang rendah.

MySchoolBus diperkenalkan DBKL dengan peruntukan RM23 juta. Ia membabitkan kira-kira 900 bas sekolah.

Rosli juga keliru dengan pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2024 yang memperuntukan RM600 juta untuk Prasarana membeli lebih banyak bas.

“Perkhidmatan bas ketika ini beroperasi tanpa penumpang dan tidak memberi manfaat kepada pengguna. Sebaliknya peruntukan ini boleh disalurkan untuk meluaskan program MySchoolBus di seluruh negara,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here