Johor Bahru, Ogos 18 –
Seorang pemandu ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) menemui ajal apabila kenderaan yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 9.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Skudai di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 49 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu.
Difahamkan, ambulans terbabit dalam perjalanan dari Pusat Kesihatan Daerah Kluang untuk mengambil vaksin di Hospital Permai di sini.
Kemalangan itu turut melibatkan penumpang bahagian hadapan cedera.

























