PENGGUNAAN UNSUR PERKAUMAN DALAM IKLAN SEMPENA HARI MERDEKA

Sebuah iklan yang disiarkan sempena hari merdeka ditular baru-baru ini dalam sosial media menggunakan unsur perkauman. Tindakan yang menyahit hati disiarkan oleh sebuah badan bukan kerajaan bersama ahkbar harian Melayu dalam pada ketika menjulang hari merdeka yang sepatutnya diraikan dengan bersatupadu, Arul Nesan Jayabalan, Ketua Persatuan Hindu daerah Kapar menzahirkan ketidak puas hatian.

Perkataan ‘India Keling’ dan ‘Cina Mabuk’digunakan dalam iklan berkenaan. Arul Nesan sungguh kesal terhadap hala tuju Malaysia yang membenarkan pengiklanan yang disiarkan oleh sebuah pertubuhan NGO bersama sebuah akhbar Melayu.

Segelintir masyarakat sudah lupa akan hasrat dan tema yang diusung oleh perdana menteri dan pemimpin untuk membangunkan negara dari segala aspek.  Selaku seorang pemimpin  di Bandar Baru Klang Arul, membuat aduan kepada pihak polis menuntut untuk hentikan peryiaran iklan yang merebak secara meluas di sosial media.

Ahli Parlimen MIC Selangor, Raja mempersoalkan keperluan iklan yang mengungkit unsur perkauman pada ketika negara memerangi Covid-19 dan kakitangan barisan frontliner bertungkus lumus berjuang 24 jam sehari untuk menyelamatkan rakyat negara ini tanpa diskriminasi antara kaum.

Beliau turut berjanji akan terus menyumbang kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik ini tanpa mengira bangsa dan agama. Semua manusia, biar dari mana asal mahupun keturunan adalah sama sahaja kejadiannya.

 

Semasa perayaan Hari Kebangsaan ke-64, MP Raja membantah  iklan tragis yang akan menodai isu sentimen bangsa. 

Biasanya kaum India satu contoh yang jelas mengalami diskriminasi dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dan sebagainya. Ini menimbulkan masalah kerana sebilangan besar mereka mundur dan ketinggalan serta termasuk dalam golongan minoriti. Oleh itu, kaum majoriti mengambil kesempatan untuk menyindir perasaan kaum minoriti.

Hari Kebangsaan adalah hari patriotik yang disambut oleh semua kaum bersama untuk mengukuhkan perpaduan. Dato Dr Muthurathnam dari Kajang, Pegawai Khas ADUN Dato Abdullah Sani, Nathan Ganeswaran, Ketua Persatuan India Srimuda Padmanathan, warga Klang Gunaseelan, Dr. Etiyappan dan Arumugam mengutarakan isu sensitif yang menjadi-jadi di negara kita dengan tegas sekali.

Dalam kita memantapkan pelbagai usaha memupuk perpaduan dan keharmonian kaum, wujud pula isu dan sentimen yang bersebar di media sosial yang boleh mengancam keselamatan negara. Perkara yang sering dilakukan oleh pengguna  media sosial lain adalah mengedar dan menularkan perkara yang boleh mencetus kebencian atau rusuhan. Apatah lagi jika ia menyentuh pertelingkahan dan perbezaan pandangan antara kaum dan agama,  kata pemimpin dan warga India Klang kepada Makkal Osai.

‘Dalam iklan itu, seorang lelaki Melayu yang merupakan ayah menyifatkan kaum India Gangster manakala Kaum Cina pula minum arak dan memandu kereta menyebabkan kemalangan. Kejadian ini disaksikan oleh anaknya lalu melakar dalam lukisan’.

Walaupun pada akhir iklan terdapat mesej yang ingin disalurkan kepada penonton tetapi  perlukah istilah yang menghina kaum lain? Mereka sepatutnya harus tafsirkan konsep umum yang berbeza untuk menyiarkan iklan khas sempena Merdeka.  

Kaum India dan Cina bertungkus lumus dan menjadi tulang belakang dalam pembangunan ekonomi negara dan pembentukan bandar-bandar utama, kata Nathan, Gunaseelan, Etiyappan, Padmanathan dan Arumugam.

Tidak akan menerima tohmahan yang dilontarkan terhadap kaum India yang mengembleng tenaga untuk mengusahakan ladang-ladang di negara ini sebagai buruh, kata Ketua MP Raja.

Mereka sebulat suara menuntut supaya hentikan segera iklan yang dianggap menghina kaum dan mengungkit racism. Ia akan meracuni minda serta memberi impak pembencian kaum di sanubari generasi muda.

Negara kita mempunyai rakyat majmuk dan terdiri daripada beberapa puak, kaum dan kumpulan yang berbeza dari segi bahasa, kebudayaan dan agama.

Malah kepelbagaian etnik, bangsa dan keturunan yang tentunya melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini begitu indah untuk dikongsi bersama.

Dalam pada itu, kita harus bersepakat menyelamatkan ‘Keluarga Malaysia‘ sepertimana yang diseru oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menyemai persamaan antara sesama manusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here