PERTIMBANGAN INDIA DALAM JAWATAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN

Klang, 25 Ogos-

Pemimpin, aktivis sosial India menggesa perdana menteri baru, Datuk Seri Ismail Sabri Jacob untuk mempertimbangkan melantik seorang  India dalam senarai kabinet. 

Katanya, sudah sampai masanya jawatan itu diisi oleh seorang India.

“Pemimpin yang menyandang jawatan berkenaan harus meneliti dengan jelas masalah dan cabaran yang dihadapi oleh  530 buah sekolah Tamil di negara. Beliau juga perlulah seorang yang mencintai bahasa ibunda, berpotensi dalam membangunkan taraf pendidikan sekolah”, kata Presiden Kelab Bell Belia Tamil Malaysia, SV Lingam.

Semasa Dato P. Kamalanathan mantan Timbalan Menteri dalam kabinet mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, dia mengawasi dengan teliti keperluan guru sekolah Tamil dan keadaan di sekolah. Timbalan Menteri bertanggungjawab untuk menambahbaik kemudahan dan perkembangan sekolah Tamil di negara ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti serta penubuhan sekolah Tamil baru.

Presiden SV Lingam telah menggesa pelantikan seorang India dalam Timbalan Menteri dalam kabinet baru yang akan datang.

Sebelumnya Sekolah Tamil menghadapi pelbagai masalah  dan cabaran membicarakan isu matrikulasi kerana tidak melantik seorang India sebagai Timbalan Menteri, Kata Theepan Subramaniam, Naib presiden Kebangsaan Belia Parti Keadilan.

Theepan juga mencadangkan bahawa walaupun orang yang akan dilantik sebagai Timbalan Menteri tidak seharusnya dari parti politik, malah pilih seorang yang memiliki akademik yang baik dengan pengalaman luas dalam bidang pendidikan atau orang luaran  seperti bekas Menteri Kewangan Senator Dato Sri Sabrul Asish sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Mengulas mengenai perkara itu, Justinraj Savarimuthu, Ahli Exco Kebangsaan Belia Parti Keadilan berkata Menteri Pendidikan yang dilantik oleh Pakatan Rakyat, Masli Malik, dan Wakil Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, kerap fokus terhadap masalah yang  di sekolah Tamil.

Dalam kabinet Dato Sri Najib Razak orang India dan orang Cina diberi peluang  untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri, kata sambil memuji kemampuan kerajaan Najib.

Dia meminta agar pelantikan yang adil itu harus dibuat di Kabinet Perdana Menteri yang baru, serta pelantikan Timbalan Menteri India di Kementerian Sukan dan Kewangan.

Selaras dengan itu, pelajar India yang kurang berpendidikan buntu jalan tanpa mendapat peluang yang cukup  cemerlang dalam bidang kesukanan. Justinraj menegaskan bahawa pelantikan itu akan membantu orang India mendapatkan peluang yang sewajarnya kerana warga India pernah mengharungi nama negara dalam bidang sukan pada ketika dahulu.

Dalam nafas yang sama, Pelantikan Wakil Menteri Kewangan dalam kalangan orang India amat diharapkan dalam mengatur ekonomi dan melibatkan lebih ramai lagi dalam sektor perniagaan kerana kaum India jauh ketinggalan dalam ekonomi, kata Justin,  ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya.  

Ini merupakan isu-isu penting yang menjadi tunjang pembangunan kaum India yang harus ditangani. Malangnya, kita belum lihat seorang menteri warga India bagi  menangani isu-isu ini.  Jadi,  adalah bagus untuk perdana menteri melantik Warga India yang tepat untuk menggalas tanggungjawab timbalan menteri pendidikan.

“Selaras dengan konsep Keluarga Malaysia,  menggesa perdana menteri Malaysia yang kesembilan, memberikan komitmen juga kepada  rakyat India supaya tidak ditenggelami oleh isu-isu lain yang kebiasaannya dibawa ke meja rundingan dalam mesyuarat kabinet.

“Kami menyeru agar perdana menteri memberikan kepentingan kepada suara kami untuk memastikan kebajikan, perlindungan serta hak terus terbela di kala pandemik ini”

“Perhatian seorang perdana menteri tidak wajar hanya tertumpu kepada suara segelintir masyarakat  sahaja tetapi semestinya juga terhadap suara kaum minoriti”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here