LELAKI MEMPERKENALKAN DIRI SEBAGAI POLIS BERJAYA DITAHAN

Polis menahan seorang lelaki yang memeperkenalkan diri sebagai polis dengan seorang lelaki bukan warganegara yang  sedang berjalan kaki di hadapan Apartment Sri Rakyat, Bukit Jalil Kuala Lumpur telah ditahan .

Pada 28 Ogos 2021 pada jam 6.30 petang, suspek dipercayai  membuat pemeriksaan ke atas pengadu dan mengambil wang pengadu sebanyak RM150 wang tunai.

Sewaktu kejadian ini pihak polis Balai Polis Bukit Jalil yang sedang menjalankan tugas ronda cuba menghampiri suspek tetapi suspek terus memecut motokarnya jenis Perodua Myvi yang dipandunya.

Suspek juga telah melanggar beberapa buah kenderaan orang awam yang berada di laluannya. Anggota Polis terus mengejar suspek dengan menaiki motosikal sehingga ke Jalil Link, Bukit Jalil Kuala Lumpur dimana motokar suspek telah terhalang oleh kenderaan yang berhenti di lampu isyarat yang sedang merah.

Salah seorang anggota Polis telah mengarahkan suspek untuk keluar dari kenderaan dengan memberikan kata-kata amaran namun suspek bertindak memandu meluru ke arah anggota

Polis tersebut. Anggota Polis telah mengelak daripada dilanggar oleh motokar suspek dan telah melepaskan empat das tembakan ke arah tayar motokar.

Walaubagaimanapun, suspek dapat melarikan diri dengan memandu motokarnya menaiki pembahagi jalan dan terus

memandu melawan arus menuju ke arah Lebuhraya KESAS menghala ke Shah Alam.

Bahagian Siasatan Jenayah (D9), IPD Cheras telah membuat risikan dan tangkapan ke atas suspek yang dipercayai terlibat dalam pada 29 Ogos. Tangkapan telah dibuat di Taman Sentosa,

Klang Selangor dan siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam kes ini. Pihak Polis juga berjaya merampas sebuah motokar jenis Perodua Myvi berwarna putih.

Suspek yang ditangkap berumur dalam lingkungan 43 tahun. Ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif ‘Methamphetamine’. Hasil semakan juga mendapati suspek memiliki beberapa rekod jenayah dan dadah. Suspek ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan saspek akan dipohon tahanan reman di bawah Seksyen 117 KTJ pada 30 Ogos 2021 untuk melengkapkan siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi ASP Wan Razzo Bin Wan Hashim (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 019-2633120 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here