Bantuan khas RM700 untuk penjawat awam

Kerajaan mengumumkan RM700 Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dan RM350 untuk satu juta pesara kerajaan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas itu memberikan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

Katanya, bantuan khas itu langkah kerajaan bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here