Isteri vokalis Alleycats meninggal dunia akibat kanser

Vokalis kumpulan Alleycats, David Arumugam kehilangan isteri tercinta, Sabrina Clydes, 65, akibat kanser hari ini. Perkara itu disahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), DJ Dave yang berkata, beliau dimaklumkan sendiri oleh penyanyi berusia 71 tahun itu.

Saya terima panggilan telefon David pagi tadi memaklumkan isterinya meninggal dunia kira-kira 6 pagi. Setahu saya, isterinya menghidap kanser sejak empat tahun lalu,” katanya dipetik Berita Harian.

Menurut laporan berkenaan, usaha mendapatkan komen daripada penyanyi yang popular dengan lagu “Seribu Bintang” itu gagal kerana beliau sibuk menguruskan pengebumian isterinya. Pada 2007, David kehilangan adik yang juga anggota Alleycats, Loganathan Arumugam akibat kanser paru-paru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here