Tanah besar China lapor 12 kes baru COVID-19

China melaporkan 12 kes baru COVID-19  merosot berbanding 22 yang dicatatkan pada hari sebelumnya, menurut penguasa kesihatan negara itu pada Rabu (24 Jun).

Tujuh daripada kes baru itu berada di ibu kota Beijing berbanding sembilan kelmarin. Ibu kota itu menyaksikan penularan baru yang terkait dengan sebuah pasar makanan borong dengan lebih 250 orang terjangkit sejak 11 Jun.

China juga melaporkan tiga kes import baru berbanding sembilan pada hari sebelumnya. Ia juga melaporkan tiga kes baru yang tidak menunjukkan gejala, turun berbanding tujuh pada hari sebelumnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here