Wanita cuba terjun tingkat 12

Ampang Jaya: Tindakan pantas anggota bomba yang memujuk seorang wanita cuba terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Jalan Mewah di sini, berjaya menyelamatkan nyawa individu terbabit, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.37 pagi dan tiba di lokasi dua minit kemudian.


Mangsa berjaya dipujuk sebelum diselamatkan dan diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here