12 kontena terbakar

Klang: Pekerja di kawasan Westport, Pulau Indah, di sini, gempar apabila 12 kontena pelbagai barangan musnah dalam kebakaran, semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 5.37 petang.

Katanya, sepasukan 34 pegawai dan anggota bersama jentera dari 10 balai bomba dan penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian. BBP yang terbabit adalah Westport, Andalas, Kota Anggerik, Petaling Jaya, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Puchong, Subang, Serdang dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut laporan awal, kebakaran membabitkan lapan unit kontena yang disusun secara empat tingkat. Sehingga 9.30 malam tadi, sebanyak 12 unit kontena dengan lapan muatan dikenal pasti. Muatan empat lagi unit kontena masih belum dikenal pasti, katanya menerusi kenyataan, hari ini.Norazam berkata, kebakaran itu tidak membabitkan mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here