2,124 kes baharu Covid-19

Putrajaya: Jumlah kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 2,124 kes, semalam dengan 2,123 adalah penularan tempatan manakala satu kes import.

Menurut laman Web COVIDNOW, lima negeri mencatatkan pertambahan kes tiga angka dengan Selangor melaporkan kes paling tinggi dengan 892 kes, diikuti Kuala Lumpur (411), Perak (125), Pulau Pinang (114) dan Melaka (111).

Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan 98 kes, Kedah (70), Johor (62), Sarawak (58), Sabah (56), Putrajaya (46), Pahang (40), Kelantan (17), Terengganu (11), Labuan (7), Perlis (6).

Sehingga kini terdapat 29,789 kes aktif di negara ini dan daripada jumlah berkenaan, 95.9 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu 1,165 kes pula sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (20), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (22) serta ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (13) .

Sementara itu, terdapat tiga kes kematian yang dilaporkan semalam dan dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Data turut menunjukkan terdapat 2,303 kes sembuh, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here