Jhon Piter didakwa bunuh peniaga kuih

Taiping, Sep 26
Seorangp pekerja binaan, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang peniaga, dua minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada A S Jhon Piter, 49, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Prabakaran kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Tertuduh didakwa membunuh Chor Kok Kuan, 59, di kaki lima gerai makanan Pasar Pokok Assam di sini, antara 3.30 hingga 4.15 petang, 12 Sept lalu.

Pada hari yang sama, polis menahan lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan kedai serbaneka yang menyebabkan mangsa yang juga seorang peniaga maut serta merampas sebuah topi keledar dan tiga batang kayu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan, sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here