Penentuan akhir bagi siasatan tentang tugas anti-lambangan

Pada 31 Januari 2023, Kerajaan telah memulakan penyiasatan duti anti-lambakan terhadap import produk gulungan sejuk keluli aloi atau bukan aloi dengan kelebaran kurang daripada 1,300mm (pengurangan sejuk) tidak bersalut, tidak bersadur atau tidak bersepuh (dalam bentuk gegelung, kepingan, jalur, gelung atau apa-apa bentuk lain) yang berasal atau dieksport dari Jepun.

Penyiasatan duti anti-lambakan ini telah dimulakan berdasarkan petisyen yang difailkan oleh Mycron Steel CRC Sdn. Bhd. bagi pihak industri tempatan. Berdasarkan seksyen 20 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993, penyisatan dijalankan oleh Kerajaan untuk menentukan kewujudan, tahap dan kesan daripada aktiviti lambakan.

Selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan Peraturan- Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994, Kerajaan telah menyempurnakan penyiasatan ini dan membuat penentuan muktamad bahawa pengenaan duti anti- lambakan ke atas keluli aloi atau bukan aloi gegelung gulungan sejuk yang mempunyai ketebalan antara 0.20mm hingga 2.60mm dan kelebaran antara 700mm hingga 1,300mm tidak termasuk plat hitam kilang timah atau gegelung gulungan sejuk yang diimport bagi maksud penggunaan akhir automotif atau elektrik dan elektronik yang berasal atau dieksport dari Jepun (“dagangan subjek”) seperti ketetapan yang berikut:

Pengeluar/Pengeksport AsingKadar Duti
 

i.         Nippon Steel Corporation

 

ii.        Lain-lain

 

9.03%

 

22.62%

 

Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menguatkuasakan kutipan duti anti-lambakan bagi tempoh lima (5) tahun, berkuatkuasa 29 September 2023 hingga 28 September 2028. Pengenaan duti anti-lambakan ke atas eksport degangan subjek dari Jepun adalah untuk menangani aktiviti amalan perdagangan yang tidak adil.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah menamatkan penyiasatan dan mengecualikan daripada pengenaan duti anti-lambakan bagi pengeluar/pengeksport asing dengan margin lambakan de minimis iaitu Daido Steel Co., Ltd. dan JFE Steel Corporation.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here