Mahkamah arah polis serah laporan kepada keluarga Vinosiny

Alor Setar, Okt 3.
Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan polis supaya menyerahkan laporan perubatan dan dokumen penting lain dalam tempoh 14 hari kepada keluarga mahasiswa, S Vinosiny yang mati akibat terkena renjatan elektrik, tahun lalu.

Hakim Mahazan Taib, pada Ahad lalu, berkata dokumen itu, termasuk eksibit, mesti diserahkan kepada bapa bekas pelajar Universiti Utara Malaysia di Sintok Kedah itu, R Sivakumar, yang mahu laporan berkenaan untuk menyediakan saman kecuaian berhubung kematian anaknya.
R Sivakumar, Bapa S Vinosiny

Vinosiny, 20, meninggal dunia di bilik asramanya pada 21 Mei tahun lalu. Pelajar perakaunan itu disyaki terkena renjatan elektrik sehingga maut. Dakwaan keluarga itu disokong oleh kecederaan di badannya dan penemuan bedah siasat.

Bapanya telah menuduh universiti itu cuai dan kemudiannya memfailkan penemuan pra-tindakan di bawah Perintah 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 pada Jun.

Peguam M Manoharan yang mewakili Sivakumar berkata, Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan supaya pihak berkuasa menyerahkan laporan perubatan, laporan ahli kimia, laporan polis dan semua gambar yang diambil semasa siasatan kes kematian Vinosiny.

Peguam itu menjelaskan bahawa polis dan kerajaan mempunyai 14 hari bermula Ahad lalu untuk mematuhi perintah mahkamah, dan mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here