Pukul isteri kerana tak bagi duit – Penganggur kena jel 6 bulan

Ipoh, Okt 7.
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, kelmarin.

R Kumaran, 32 dijatuhi hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Lelaki itu mengaku melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, R Santhini, 32, di sebuah rumah di No 17, Hala Kledang Emas 11A, Taman Kledang Emas, jam 6.45 petang, 4 Oktober lalu. Berdasarkan fakta kes, tertuduh meminta wang kepada Santhini tetapi isterinya itu enggan, menyebabkan tertuduh menampar pipi kiri isterinya itu.

Santhini kemudian pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan tisu lembut pipi kiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here