Putrajaya, Oct 10.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meluluskan pelantikan tetap 1,912 calon simpanan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi pada 25 dan 26 September lalu bagi mengisi baki kekosongan jawatan berkenaan.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kelulusan itu membabitkan seramai 1,226 calon simpanan pegawai perubatan, 216 calon simpanan pegawai pergigian dan 470 calon simpanan pegawai farmasi.Pelantikan ini selaras dengan baki kekosongan sedia ada dan kelulusan perjawatan tetap oleh agensi pusat pada 2023, menurut kenyataan itu.
KKM menjelaskan urusan tawaran pelantikan tetap dan penerimaan tawaran oleh calon simpanan itu sedang dilaksanakan menerusi Sistem Tawaran Pelantikan SPA dalam tempoh 21 hari bermula pada 2 Okt lepas.





















