Pesawat Beechcraft TUDM buat pendaratan cemas

Kuala Lumpur, Okt 16.
Sebuah pesawat jenis Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, tengah hari tadi.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan, memaklumkan pesawat berperanan sebagai pesawat rondaan maritim terbabit melakukan pendaratan cemas kira-kira jam 1 tengah hari.

“Pesawat dari Nombor 16 Skuadron terbabit membawa empat anak kapal sedang melaksanakan latihan penerbangan yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 11.27 pagi.

“Semua anak kapal yang terbabit selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. Kenyataan itu juga memaklumkan, TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here