Majikan tak wajib nyatakan gaji tepat dalam iklan kerja

Kuala Lumpur, Okt 20.
Majikan tidak diwajibkan menyatakan jumlah gaji sebenar ditawarkan ketika mengiklankan kekosongan kerja, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

“Majikan hanya perlu menyatakan julat gaji ditawarkan,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat. Sivakumar menjawab soalan diajukan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada kerajaan merancang mewajibkan majikan menyatakan gaji tepat ditawarkan dalam iklan kerja bagi melindungi hak pekerja.

Katanya, perkara itu hanya diwajibkan untuk mereka yang mengambil pekerja asing dan ekspatriat, serta kekosongan kerja diiklankan di portal pekerjaan MYFutureJobs.

Pada Ogos, Lim menggesa kerajaan mengguna pakai dasar untuk mewajibkan makluman gaji dalam iklan pekerjaan bagi menangani masalah penghijrahan pakar di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here