Harimau ditemui mati di Lebuhraya PLUS dekat Gua Tempurung

Ipoh, Nov 9. Seekor harimau belang maut ditemui mati, dipercayai akibat terkena rempuhan kenderaan berat berhampiran hentian sebelah Gua Tempurung Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Gopeng di sini.

Harimau dewasa berkenaan ditemui terbaring mati di tengah penghadang besi lebuh raya, dipercayai dirempuh ketika melintas laluan lebuh raya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim, berkata berdasarkan maklumat awal diterimanya, penemuan bangkai harimau jantan dewasa dianggarkan berusia lapan hingga 10 tahun itu dimaklumkan pengurusan PLUS sekitar jam 12.30 tengah malam tadi.

Beliau berkata, bangkai atau karkas harimau berkenaan sudah dialihkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk tindakan lanjut.Lokasi harimau yang dijumpai mati di lebuh raya malam tadi itu terletak berdekatan dengan Kampung Sahom.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here