Kuala Lumpur, Nov 16.
Kerajaan menanggung kos RM30 juta selepas memberikan tol percuma selama dua hari sempena perayaan Deepavali baru-baru ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkongsikan angka itu di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Abdul Rahman, kerajaan perlu menangung kos tinggi untuk menghapuskan tol di seluruh negara malah pada tahun lepas juga, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.