Kes halang MBPJ tangkap anjing liar, warga emas kemuka representasi

Petaling Jaya, Nov 17.
Seorang lelaki warga emas akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dihadapinya di Mahkamah Majistret di sini.

Peguam Rajsurian Pillai mewakili Patrick Khoo Kian Wui, 69, memaklumkan kepada Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa bahawa pihaknya akan menghantar representasi memandangkan pihak pendakwaan mahu meneruskan kes itu.

“Pihak pendakwaan hari ini memaklumkan bahawa pengadu telah menarik balik laporan dan rakaman percakapan mengenai penarikan itu telah direkodkan.

“Namun, pihak pendakwaan menerima arahan untuk meneruskan kes berkenaan. Oleh itu, pihak kami akan menghantar representasi,” katanya yang hadir bersama seorang lagi peguam, Tay Chee Fu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here