Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Terengganu, Kelantan hingga Isnin

Kuala Lumpur, Nov 18.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan hingga Isnin ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu dijangka membabitkan seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai bermula hari ini.

“Amaran hujan berterusan (tahap buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter dalam tempoh enam jam,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di beberapa kawasan di Kelantan, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah dalam tempoh sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here